Pages

ENTRI-ENTRI TAK RUGI DIBACA SEMULA

Bertudung Tidak Semestinya Menutup Aurat (HOT !) Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini (Part 1) Wahai Wanita, Jangan Amalkan Kesilapan Ini ( Part 2) Trend Bermegah-Megah Dengan Kecantikan Di Kalangan Wanita Melayu Upload Gambar Manja Dalam Facebook: Seronok Atau Bala MITOS: Aku Tahu Tutup Aurat Itu Wajib, Tapi Aku Belum Bersedia ! Pakai Jubah Tetapi Nampak Garis Seluar Dalam ? Fesyen Ala-Jahiliah ! Koleksi Alasan Putar Belit Taknak Tutup Aurat Jangan Pakai Leggings Di Bazaar Ramadhan BerJUBAH Tetapi Telanjang ? Kenapa Ramai Muslimah Degil Tidak Mahu Labuhkan Baju Ke bawah Punggung Apa Itu Amanah Saham Aurat Wanita (ASAW) LEGGINGS Membina Keyakinan Diri Wanita Suami Dayus Rela Isteri Diperkosa Sebelum Malam Pertama Wordless Wednesday 1 Mendakwah Awek Tidak Bertudung Di Facebook Checklist Wanita Untuk Mengelakkan (Sindrom Tidak Berseluar) Wanita Hipokrit Anggap Tudung Macam Biskut Chipsmore Mengapa Ramai Awek Sekolah Menengah Di Malaysia Free Hair ? Aurat Wanita Dari Perspektif Kaum Wanita Sendiri Pakai Tudung Tapi Tayang Body ! Memang Ada Masalah Dengan Tudung Perempuan Zaman Sekarang Awek Tudung Mengerikan !! Ragam Wanita Bila Ditegur Soal Aurat Dan Fesyennya Kerana Aku...Suamiku Dayus ! Bahaya Upload Gambar Manja Ke Facebook : Satu Memo ! Bila Suami Sendiri OK Bini Dia Pakai LEGGINGS Kata Tahu Hukum Agama, Tapi Tutup Aurat Main-Main ! Tudung Style UNTA ! Baguskah Bila Tudung Semakin Pelik ? Bahaya: Ramai Awek Melayu Tudung Telah Jadi FLASHER ! Awek Terjojol Pilihan Tidak Bijak ! Pakai Leggings Ketat Di Shopping Complex, Nak Goda Jantan Mana ? Check Suami Anda DAYUS Atau Tidak ! Kempen: DELETE Gambar Dedah Aurat Anda Dari FacebookBisnes Jual Tudung Tapi Taukeh Free Hair ?Tidak Mahu Dirogol, Tetapi Berpakaian Seperti Sengaja Mahu Dirogol ? Tolong Berhenti Melucahkan Diri Dengan Memakai Legging Melayu Pakai Tudung Main-Main Memang Menyampah

Kempen Legging Kempen Legging Kempen Legging Kempen Legging

*KLIK PADA IMEJ*

Baguskah Bila Tudung Semakin Pelik ?

some_text

Adakah anda perasan bahawa fesyen tudung Muslimah kini semakin complex rekaannya. Namun, apakah tujuan sebenar inovasi fesyen tudung sebegini ? Anda harus berbalik kepada mengapa Allah mensyariatkan Muslimah agar menutup aurat rambut mereka. Adakah Allah menyuruh mereka berTabarruj ?

Hikmah tersirat disebalik arahan bertudung ke atas para Muslimah adalah agar setiap Muslimah mengamalkan sifat kewanitaan Islamiah yang berpaksikan kesederhanaan personaliti. Islam berkehendakkan umatnya agar bersifat sederhana dan tidak melampau di dalam semua urusan hidup termasuklah dalam cara berfesyen.

Sederhana di dalam amalan bertudung merangkumi aspek rekaan tudung yang dipakai dan cara memakai tudung tersebut. Dahulu, wujud rekaan tudung yang dinamakan tudung bawal atau tudung biasa di Malaysia. Ramai Muslimah Malaysia dilihat memakai tudung sedemikian ke sana ke mari. Ia nampak biasa dan rekaannya sangat mudah, namun, wanita yang memakainya masih nampak feminin serta manis walaupun di dalam kesederhanaan.

Pada masa kini, wujud pelbagai jenis fesyen tudung terkini dengan rekaan yang semakin pelik dan rumit. Ada yang berlilit-lilit, berselendang, ber-awning, berpintu gerbang, bersanggul-sanggul dan diletakkan bermacam aksessori. Tudung pelbagai fesyen sebegini mudah dibeli di merata tempat. Namun, adakah  trend ini telah membuatkan kaum Muslimah di Malaysia benar-benar menghayati hikmah amalan bertudung itu ?

Obsesi terhadap fesyen tudung dan kemudian diikuti dengan amalan memperagakan fesyen tudung tersebut boleh menyesatkan kaum Muslimah Malaysia dari niat dan tujuan asal memakai tudung. Perlu diingatkan, bahawa tujuan utama bertudung adalah untuk melindungi aurat dan mendapatkan pahala serta redha Allah, tetapi sebaliknya kini ramai Muslimah telah terdorong untuk bersikap menunjuk-nunjuk aset kecantikan mereka melalui amalan bertudung. Pakar-pakar fesyen semasa pula telah meyakinkan mereka bahawa walau bertudung Muslimah masih boleh nampak funky, stylish, retro, cute dan juga seksi. Untuk tatapan siapakah penampilan ini semua ?

Betulkah kata orang bahawa segala keindahan hasil daripada inovasi fesyen ini sekadar untuk kepuasan diri pemakai sahaja ? Itu adalah mustahil. Sudah pasti, di dalam diri mereka lambat-laun akan timbul niat dan usaha mahu menunjuk-nunjuk kecantikan itu kepada orang luar yang akhirnya akan membawa mereka kepada Tabarruj.

Bila sudah Tabarruj, maka tiada lagi hikmah asal bertudung.

Muslimah yang benar-benar ikhlas dan fokus untuk menutup aurat kerana syariat Islam lazimnya akan memilih serta memakai pakaian dan tudung yang nampak SEDERHANA yang tidak melampau-lampau rekaan dan gayanya.

##SEBARKAN##