Pages

Kempen Legging Kempen Legging Kempen Legging Kempen Legging Kempen Legging

*KLIK PADA IMEJ-IMEJ DI ATAS*

JANGAN BERPAKAIAN SEPERTI SEORANG "BETINA"

Menegur Awek Tudung Sendat Di Pasar Malam



Satu hari di sebuah pasar malam di Selangor. Seorang lelaki terlihat seorang perempuan Melayu bertudung sedang memakai baju sendat bersama seluar jeans sendat. Lalu terjadilah situasi ini.

Lelaki: Tutuplah aurat...(nada biasa, tanpa memandang)

Perempuan Sendat: (dengar tetapi buat-buat tidak dengar)

Lelaki: Pakai sendat-sendat itu berdosa..(nada biasa, tanpa memandang)

Perempuan Sendat:  Mulut tu jaga ya..! Macamlah kau tu baik sangat !

Lelaki: Saya tak ada buat apa-apa pun..

Perempuan Sendat: Sebelum nak nasihat orang, check diri sendiri dulu. Macamlah kau tu baik sangat !

Lelaki: Saya hanya cakap "Tutuplah aurat...". Itu saje..

Perempuan Sendat: Kalau nak tegur orang, biarlah berhikmah sikit..

Lelaki: Hikmah..??

Perempuan Sendat: Lain kali nak nasihat orang. Nasihat depan depan..!!

Lelaki: Kak..kak sedar tak yang pakai baju sendat, jeans sendat tu HARAM..!

Perempuan Sendat: PANGGGG...(tangan kanan dihayun ke muka lelaki itu)

Lelaki: Apasal tampar saya ?? Tadi akak kata suruh tegur depan-depan..??

Hentikan Tayang Garis Seluar Dalam


sindiran ))

Cucu: Tok, perempuan tu tak ada rasa malu ke ?
Tok Mat: Entah ! Elok pakai seluar dalam je !

AWAS: Awek Tudung Kontot

Kesalahan Perempuan Bertudung


KESALAHAN PERTAMA : Tutup aurat itu adalah dengan memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kurung/kebaya terbelah kainnya, nampak betis.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bahagian-bahagian tubuh yang menggoda nafsu lelaki.



KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak bertudung di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, lalu terdedahlah atas dadanya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung dan memakai kain tetapi menaiki motor sambil menayangkan kedua-dua betisnya sepanjang jalan.

Jubah Muslimah Yang Sendat Dan Melekap !


Kalau kita tengok fesyen jubah muslimah sekarang ni memang makin seksi.
Perempuan yang pakai sebegitu entah apa niatnya ?
Takkanlah tidak perasan keseksiannya ?

...........................................

Ketat ! Melekap ! Jubah apa macam ni ?
Semua ini berpunca daripada si designer yang tidak faham apa yang dipanggil busana muslimah.
Sangat sedih bila tengok jualan di mana-mana (kedai/online) banyak yang menjual jubah jenis lycra/spandex.
Itu semua material jenis melekat di badan !

Hijbabster Jahiliyah !!


Wanita umat akhir zaman kini ramai yang bertudung , berpakaian tutup semua tetapi mereka nampak seperti telanjang (ketat, sendat, nampak segala lekuk tubuh).

Inilah apabila unsur-unsur Jahiliyah menyerap masuk secara halus pada fesyen wanita Muslim.




"Kadangkala anda (lelaki) perlu menutup mata, apabila anda tidak mampu menutup aurat orang lain."

Ramai Melayu Ingat Dengan Bertudung Itu Sudah Cukup Tutup Aurat !


Bertudung sudah elok sopan dah..
Tetapi....bila duduk nampak seluar dalam !!
|
|
Itulah padah pakai baju tak cukup labuh !!
|
|
Yang kelakarnya..
Ada wanita yang cuba menarik-menarik bajunya ke bawah..
Kononnya cuba nak cover seluar dalam dia..
|
|
Sampai kiamat pun tak akan tertutup..
Sebab baju dia pakai tu memang singkat !!!
|
Tolonglah jaga aurat !!

Bertudung Tetapi Telanjang Di Kalangan Wanita Melayu Semakin Kronik


|
|
|
Parah..
Kronik..
Tak ada malu lagi..
|
|
|
Sudah macam porno pula..
Tetapi bertudung..?

PANAS: Adakah Anda Awek Tudung Seksi ?

|
|
|
Pedih bunyinya....tetapi ada pengajaran..
Berubahlah ke arah yang 'sempurna' itu..

Pergi Ke Pejabat Berbaju Singkat Berseluar Sendat

 |
 |
 |
Besar faedahnya memakai baju labuh !!!!

Awek Melayu Bertudung Tetapi "Telanjang"


Ayah...Suami...Abang...Boyfren di luar sana,
Tolong NASIHAT dan PASTIKAN..
Perempuan di bawah jagaan anda..
Tidak mengamalkan trend memakai..
LEGGINGS dan JEANS SENDAT..
di khalayak awam..

Konon Busana Muslimah Tetapi Sendat Melekat Di Badan

Oh ! Sangat tidak suka melihat jubah Muslimah yang dijahit mengikut potongan badan. 
Masih relevenkah untuk kita panggil jubah kalau ianya sendat..ketat..dan melekat di badan ?

(Pendapat Ustaz Azhar Idrus mengenai isu Jubah Sendat)
Dikatakan bahawa jubah itu pakaian menutup aurat iaitu semua aurat termasuk urat-urat tersembunyi di sebalik kain jubah. Sekarang ini sudah terbalik. Pereka fesyen busana Muslimah sudah semakin ghairah mencipta fesyen jubah yang bukan-bukan. Apa manafaatnya kalau pakai jubah tapi garis tali coli tersembul atau garisan seluar dalam jelas kelihatan apabila berdiri dan berjalan.

Tujuan asal jubah adalah untuk meminimum dan menghalang kesan seksual dari aurat tubuh wanita ke atas pandangan nafsu syahwat kaum lelaki yang melihat. Tetapi, apa gunanya lagi, jika Jubah pun sudah mula disendat dan dicampurkan elemen kebaya dalam rekaannya. Apa maknanya jubah Muslimah sekiranya lelaki boleh terangsang nafsu apabila melihatnya ?


Maka,bagi penggemar jubah, anda dinasihatkan kalau nak beli jubah tengoklah material jubah itu. Belilah jenis kain lebih tebal yang tidak melekat pada badan bukannya jubah daripada kain seperti lycra, satin dan kain yang sama lembut dengannya.

Sudah Elok Bertudung Tetapi Bogel Pulak ?





















Ke sekolah, ke tempat kerja elok sopan bertudung dan berbaju sempurna. Apabila kebosanan di bilik, baju dilucutkan, coli ditanggalkan dan kamera handphone dihalakan ke tubuh badan. Buttang 'shutter' diklik, lalu gambar diri sendiri berkeadaan tanpa coli diambil. Bunyinya seperti adegan porno, tetapi inilah realiti ramai perempuan Melayu zaman sekarang yang langsung tidak malu mengambil gambar bogel sendiri.

Mereka berasa berani mengambil gambar bogel sendiri kerana beranggapan tiada siapa melihat di dalam bilik. Kemudian, ada yang mengatakan gambar tersebut hanyalah untuk simpanan peribadi tanpa memikirkan kemungkinan ada pihak luar boleh mengakses gambar terebut di komputer atau handphone mereka. Ada juga yang mengambil gambar bogel sedemikian istimewa untuk teman lelaki dengan beranggapan teman lelaki yang disayangi itu tidak akan berkongsi gambar tersebut dengan rakan-rakannya.

Apabila telah berlaku penyebaran gambar bogel mereka di internet, perempuan-perempuan ini mulalah menuduh ada pihak telah melakukan khianat terhadap mereka. Ada yang memberi alasan bahawa ada pihak yang jahat telah mengakses album private yang mengandungi gambar-gambar 'separa lucah' mereka di akaun Facebook yang terlupa di'logout'. Mereka langsung tidak menyalahkan kebodohan mereka sendiri kerana menjadi 'bangang' mengambil gambar sendiri dalam keadaan bogel.

Sekali gambar bogel dimuatnaik ke internet, maka dengan sangat pantas gambar tersebut boleh tersebar ke forum-forum, blog dan web. Sudah pastinya, gambar lucah yang ditunggu-tunggu sebegini berpotensi besar akan di'save' ke dalam komputer oleh ramai lelaki tanpa mengira spesis. Akibatnya, si perempuan ini akan menjadi bahan tatapan nafsu seks oleh lelaki entah siapa dan lebih malang lagi mungkin menjadi perangsang untuk onani. Maruah jatuh ke tahap menyamai pelacur.

Perasaan malu akan ditanggung oleh diri, suami dan keluarga sepanjang hayat selagimana gambar-gambar bogel tersebut masih disimpan oleh lelaki-lelaki, walaupun perempuan itu sudah bertaubat.

Maka, jangan jadi bodoh wahai perempuan !

Aku Bangga Awek Aku SEKSI !!

 
 **Gambar hiasan semata-mata

Leman: Fuiiyoo...Mat kau tengok couple tu Mat...tengok awek dia..?

Mat: Mana..? Mana..?

Leman: Tuu...yang awek pakai seluat colour pink tu...!

Mat: Perrgghhh..!! Stim aku tengok beb...SENDAT gilerrrr seluar..!!

Leman: Sporting giler boyfren dia...rileks je awek dia pakai cam tu..

Mat: Kalau kau...kau nak tak awek kau pakai seksi cam tu..?

Leman: Awek aku..?? Tidak ! Tidak !

Mat: Apasal pula kau taknak ? Seronok apa ada awek seksi ?

Leman: Awek aku pakai sendat-sendat, lepas tu bagi orang ramai 'cuci mata'. Gilerrr..!

Mat: Eloklah bagi orang ramai tengok, rasa bangga siottt..!

Leman: Awek tayang body, rasa bangga..??? Memang bodoh la jantan macam tu..?

Isteri Bebas Berseluar Sendat Petanda Ramai Suami Dayus

 

Kenapa Fenomena Bertudung Tetapi Berseluar Sendat Masih Berlaku Dalam Masyarakat ?

Isteri: Bang, saya nak pergi ke pasar ni...abang tak nak pergi sekali ke..?

Suami: Tak....awak pergi seoranglah...

Isteri pun terus memakai blouse dan tudung..

Lalu mencapai sehelai seluar Leggings biru tua ketat dari almari dan memakainya.

Isteri: Bang, OK tak saya pakai ni nak pergi pasar..??

Suami, memandang isterinya dari atas ke bawah sebelum memberi penilaian.

Suami: OK je saya tengok..! Awak nak pergi pasar je kan..??

(dalam hati isteri...)
Isteri: Sporting la suami aku ni....sayang abang..!!

Demi Facebook, Anak Gadis Melayu Buka Tudung..


"Pakai tudung itu tidak wajib...Pakailah apapun, pakai baldi pun boleh...
Tebuk lubang sikit lepas tu pakai di kepala, asalkan menutup rambut...
Sebab rambut itu Aurat.."

--Ustaz Azhar Idrus--

Neelofa Seksi ! Berhijrahlah...


|
|
|
|
|
Sebagai Muslim yang prihatin soal Aurat wanita Islam..
Saya amat bersetuju dengan mesej dari gambar di atas 100%..
Kepada Neelofa, ubahlah imej anda demi kebaikan..
Berhenti berpakaian 'menyeksa' mata lelaki..
Hanya anda sahaja mampu mengubah diri anda..
Rakyat Malaysia hanya mampu menegur..



Benarkah Bertudung Tetapi Seksi Lebih Baik Daripada Tidak Bertudung Langsung ?

Ramai masyarakat Melayu sering mengatakan "Bertudung walaupun berpakaian sendat adalah lebih baik daripada tidak bertudung". Lazimnya kenyataan ini dikeluarkan dengan tujuan untuk menjaga hati wanita tertentu dan mengelakkan mereka dikritik pedas oleh pihak yang sensitif dalam soal aurat. Hakikatnya, ketahuilah bahawa, bertudung tetapi berpakaian sendat ketat adalah sama sahaja dengan tidak bertudung dan berpakaian sendat iaitu 2x5 atau 5x2. Maksudnya, tiada yang lebih baik antara kedua-dua itu.

Apa penjelasannya ?
Tudung yang menutupi rambut dan leher itu adalah hanya menutupi 10% daripada aurat wanita Islam sedangkan bahagian badan dari kaki, betis, peha hingga ke pinggul,dada dan lengan yang wajib ditutup dan dijaga adalah 90% daripada keseluruhan aurat. Jadi, apa guna dan apa hikmah seorang wanita Melayu itu bertudung lengkap sedangkan majoriti bahagian tubuh lainnya terdedah dan dibaluti oleh pakaian yang sendat ketat atau jarang. Tudung tersebut tidak mampu dan tidak akan memberi kesan adab dan akhlak kepada si pemakai dan orang-orang yang melihatnya kerana 80-90% aurat utama telah bersifat menggoda dan menaikkan nafsu seksual akibat tidak dikenakan pakaian yang betul menepati syariat Islam.

Trend menggabungkan fesyen tutup aurat dan fesyen mencemar aurat inilah yang digelar oleh segelintir masyarakat sebagai 'Bertudung tetapi seksi'. Tidak pernah wujud konsep seksi menggoda di dalam pemakaian seorang wanita Islam. Apa yang lebih teruk, bertudung sambil berpakaian sendat ketat sebenarnya adalah seperti memperlekehkan arahan Allah dan mempersendakan kemuliaan fesyen sopan Muslimah.

Tolong betulkan pemahaman anda.

Fikir Dalam-Dalam Dahulu Sebelum Pakai Pakaian Sendat Ketat.


  
Berkenaan isu wanita Melayu berpakaian sendat ketat di tempat awam, telah timbul beberapa pertikaian oleh sekelompok masyarakat kita terhadap blogger-blogger yang membangkitkan isu ini.


"Hentikanlah memalukan sesama Melayu ?"
Siapa yang pertama sekali menjatuhkan maruah diri mereka sendiri ? Sengaja memakai pakaian berimej seperti GRO, kemudian mereka menyalahkan pula masyarakat mengapa memandang mereka seperti GRO. Maruah atas pilihan siapa terlebih dahulu ?

"Semua orang ada buat kesalahan. Humans make mistakes."
Jika sudah disedarkan bahawa fesyen sendat ketat itu salah dalam Islam, kenapa masih pakai ? Tahu salah tapi sengaja buat lagi dan lagi? Adakah mereka masih digelar 'innocent' atau teraniaya ?

"Snap gambar mereka secara senyap-senyap itu salah."
Mereka sendiri terang-terangan menayang bentuk aurat mereka di khalayak ramai dan banyak mata lelaki telah melihatnya secara 'live'. Manakah pendedahan yang jauh lebih nyata dan besar ? Orang yang 'snap' atau diri mereka sendiri ?
|
|
|
|
Persoalan yang paling besar dalam isu ini adalah:
Why did you wear the 'sendat ketat' clothes at the first place ?

Kepercayaan Karut Perempuan Tidak Tutup Aurat

KEPERCAYAAN KARUT PEREMPUAN YANG TIDAK TUTUP AURAT


KEPERCAYAAN KARUT #1
"Saya bukannya tidak mahu menutup aurat, saya tahu ia perubahan yang baik  tetapi buat masa ini saya belum bersedia. Insyaallah satu hari nanti saya akan cuba menutup aurat. Doakanlah saya supaya saya mendapat hidayah ya."

KENAPA IA MENGARUT ?
Mahu tunggu hidayah baru nak tutup aurat ? Sampai bila mahu tunggu untuk berubah ? Berhari-hari ? Berbulan-bulan ? Bertahun-tahun ? Sempatkah anda menutup aurat dengan betul jika maut datang menjemput anda secara tiba-tiba ?

Hidayah untuk menutup aurat mesti dicari dengan melaksanakannya dalam keadaan terpaksa terlebih dahulu, lama-kelamaan hati akan beransur-ansur ikhlas dan terbuka bukannya menunggu hati yang ikhlas. Takut tak sempat tua !



KEPERCAYAAN KARUT #2
"Agak-agaklah sikit kalau nak kalau tegur orang (tidak tutup aurat)! Awak ingat diri awak tu sempurna sangat ke bila sudah tutup aurat ? Tak ada manusia yang sempurna, OK."

KENAPA IA MENGARUT ?
Bila anda ditegur kerana anda tidak menutup aurat pada ketika anda sepatutnya wajib menutup aurat, maka orang yang menegur itu TIDAK SALAH kerana dia sudah jatuh WAJIB menegur anda dan ketahuilah bahawa fakta menutup aurat itu adalah wajib bukannya harus atau sunat.

Aurat wanita Islam yang wajib ditutup adalah segala bahagian tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Adakah anda sangat bermasalah untuk me'sempurna'kan tuntutan Allah itu walaupun tidak 100%, sekurang-kurangnya 95% ? Adakah memakai tudung di kepala, memakai baju kurung yang tidak jarang dan sendat, blouse atau baju labuh berlengan panjang, berkain dan berseluar lapang adalah suatu yang mustahil untuk di'sempurna'kan ? Adakah ia suatu tahap ke'sempurna'an penutupan tubuh yang terlalu ekstrem yang hanya para ustazah atau isteri alim ulama sahaja yang mampu me'sempurna'kannya ? Adakah ke'sempurna'an yang disebutkan ini tidak boleh di'sempurna'kan oleh wanita Islam biasa seperti anda ? Ianya kesempurnaan yang mampu disempurnakan.

Jika sudah berusaha menutup aurat se'sempurna' yang boleh dan anda juga masih melakukan dosa-dosa lain akibat lalai, maka barulah anda layak mengatakan bahawa 'tiada insan yang sempurna'.



KEPERCAYAAN KARUT #3
"Bukan tak boleh tegur orang yang tidak tutup aurat, tetapi janganlah keras-keras, tegurlah dengan lemah lembut.:"

KENAPA IA MENGARUT ?
Manusia ada pelbagai reaksi terhadap teguran. Ada wanita yang mudah diubah dengan nasihat yang lemah-lembut. Ada pula wanita yang tidak laku dengan teguran yang lembut itu, maka harus berpuluh atau beratus kali baru memberi kesan. Malahan, ada wanita yang lali dengan sebarang teguran yang lemah-lembut, lalu keadaan auratnya semakin teruk terdedah-dedah di dalam masyarakat, maka teguran secara tegas dan keras adalah perlu dan harus demi perubahan mereka.

Masalah besar pada wanita zaman kini ialah bila mereka ditegur secara lembut tidak makan, bila ditegur secara keras mereka marah. Kesimpulannya, mereka ego tidak mahu ditegur. Mereka mahu dibiarkan.



KEPERCAYAAN KARUT #4
"Saya pakai tudung dan saya pakai baju serta seluar, saya tidak berbogel. Maknanya, saya sudah cukup syarat menutup aurat. !"

KENAPA IA MENGARUT ?

Ianya belum tentu. Perlu anda faham bahawa konsep aurat yang pertama adalah menutup kulit bahagian aurat tubuh anda dari dilihat oleh mata lelaki, manakala konsep aurat yang kedua ialah merahsiakan tubuh badan anda daripada jelas ketara menampakkan alur bentuknya. Maka, jika bertudung di kepala sekalipun tetapi pada masa yang sama memakai baju lengan pendek, baju yang sendat jelas menampakkan bentuk dada dan pinggang, memakai kain terlalu lembut yang melekap di betis, peha dan pinggul, memakai leggings atau jeans sendat yang nampak sempit mengikut bentuk kaki maknanya anda tidak sempurna menutup aurat sebaliknya anda melakukan jenayah fesyen yang bercanggah dengan hikmah bertudung. Jika anda bertudung, maka pakaian-pakaian anda yang lain wajiblah sesuai dengan konsepnya. Konsep sopan mengikut nilai Islam.


Berpuasa Tetapi Dedah Aurat Di Bazaar Ramadhan

 Susah-payah lelaki Muslim menahan nafsu sepanjang hari..
Akhirnya nafsu 'kantoi' di Bazaar Ramadhan melihat ramai yang ketat-ketat..



Tak tahulah apa yang mereka 'puasa'kan..
Setakat jaga makan dan minum sahaja..
Aurat dan pakaian tidak dijaga langsung..
Baju sendat, jeans sendat pakai belasah sahaja..
Walaupun Ramadhan, seksi tetapi seksi..


Balik Dari Tanah Suci Tapi Masih Pakai Seksi


Malas nak komen banyak-banyak tentang isu ni...
"Lu fikirlah sendiri...!!"
Gambar iklan ni saya 'snap' di tepi jalan sebuah persimpangan di USJ..
The only question in my mind is...
" Suami dia tak ada rasa apa-apa ke, bila orang lalu lalang tengok bini dia pakai macam ni..?"
Salah siapa..?
Salah MPSJ ? Salah penerbit iklan ?
Salah lelaki yang drive, kenapa tengok ?
Salah si suami kerana sporting giler ?
Salah si tuan punya badan ?
Salah kerajaan negeri ???
Di mana ni...Selangor..

Suami Isteri Peluk-Peluk Di Tempat Awam, Benarkah Tidak Salah ?


A: Apa hukum lelaki perempuan peluk-peluk tapi tak kahwin ?
B:  Dosa la, sebab hukumnya Haram.
A: Tapi, kalau lelaki perempuan tu dah kahwin ?
B: Dah kahwin tak apa la...dah laki bini..nak peluk-peluk suka hati la..

A: Apa kau rasa kalau kau nampak couple Melayu peluk-peluk di public ?
B: Confirm aku menyampah ! Terang-terang buat maksiat depan orang ramai !
A: Kalau pasangan Melayu yang dah kahwin peluk-peluk di public ?
B: Dah kahwin tak apa la...dah laki bini..nak peluk-peluk suka hati diorang la..
A: Hmm...betul ke perbuatan tu tidak salah...?

A: Sekarang, bayangkan kau seorang pegawai pencegah maksiat dan ada undang-undang Islam tempatan menyatakan bahawa lelaki perempuan Islam yang berkelakuan tidak sopan menyerupai maksiat di tempat awam boleh diminta menunjukkan sijil/kad nikah. Katakan, satu hari kau dan rakan pasukan terserempak seorang lelaki muda Melayu sedang memeluk intim pinggang perempuan di sebelahnya, adakah kau akan pergi dan menahan pasangan tersebut untuk meminta sijil/kad nikah ?
B: Errr....mungkin...mungkin aku akan minta mereka tunjukkan...sebab aku tak tahu mereka sudah nikah atau belum ? Keadaan mereka meragukan...
A: Sekarang kau nampak tak apa salahnya....?
B: Ooo...berpelukan antara lelaki perempuan di public boleh menimbulkan fitnah..!! Walaupun sudah berkahwin tetapi berpelukan intim di public boleh menyebabkan rasa syak wasangka negatif pada mata orang ramai yang memandang, lalu boleh menjatuhkan maruah dan air muka pasangan suami isteri terbabit...
A: Tahu takpe...


Awek Melayu Sendat Pun Kenal Ustaz Azhar Idrus ?

##Tolong SHARE post ini. Moga anda mendapat pahala. Amin.



















Ustaz Azhar Idrus, siapa yang tidak kenal ? Wanita-wanita Melayu baju sendat tak pakai tudung pun ramai yang kenal dengan Ustaz Azhar Idrus. Mereka suka benar dengan potongan kata ustaz apabila menerangkan tentang hukum nikah kahwin dan hidup berpasangan. Boleh dilihat di wall-wall mereka berbalas-balas komen sesama rakan baju sendat tidak bertudung lain dengan penuh keyakinan dan kononnya dengan kefahaman tentang Islam. Sangat suka benar mereka pada topik sebegini. Jika mereka benar-benar mengikuti tazkirah Ustaz Azhar Idrus, mereka seWAJIBnya tahu satu 'quote' yang sangat popular yang menyentuh adab berpakaian wanita Islam.



















Takkan golongan wanita Melayu baju sendat tidak bertudung ini tidak tahu menahu mengenai pesanan penting dari Ustaz Azhar Idrus ini.  Rata-rata wanita Melayu ini  memiliki beralbum-album gambar peribadi di Facebook yang banyak foto-foto berpakaian ketat sendat dan tidak bertudung di dalamnya. Apakah mereka tidak mengambil pengajaran dari pesanan ustaz tersebut ? Atau mereka memilih kata-kata ustaz yang menarik pada nafsu dan telinga mereka sahaja ?

Bila bab nikah kahwin, bab suami pilihan terbuka luas telinga mereka.
Bila bab aurat dan adab berpakaian Muslimah terus pekak telinga mereka.

Melayu Pakai Tudung Main-Main Memang Menyampah

Gambar hiasan semata-mata

Terdapat 6 situasi di mana kita boleh menyaksikan perempuan-perempuan Melayu 'free hair' tegar atau perempuan-perempuan Melayu 'kaki malas' bertudung tiba-tiba memakai tudung mereka:
  1. Menziarah jenazah atau ke kubur.
  2. Bernikah di surau atau masjid.
  3. Di majlis doa selamat,solat hajat atau bacaan Yassin.
  4. Masa Ramadhan atau hari raya.
  5. Di pejabat di mana 99% rakan mereka bertudung.
  6. Dalam filem/drama memegang watak Muslimah.
Bertudung/menjaga aurat tu WAJIB sama macam Solat 5 Waktu. Apa pasal pula timbul isu pakai tudung ikut situasi ?

Tolong Berhenti Melucahkan Diri Dengan Memakai Legging

 
**Sekadar gambaran untuk pemahaman sahaja. Sumber: Yahoo

Perempuan spesis macam ni kerjanya menyalahkan lelaki..
Salah lelaki jika membayangkan yang kotor-kotor tentang dirinya..
Padahal, dia sendiri yang mulakan dahulu..!!!

Melayu yang sengaja tayang seluar ketat macam ni memang 'bodoh' la..

Patutlah Sampai Ke Tua Ganyut Tak Tutup Aurat !



Aku suka free hair,
Nak bertudung pun ikut majlis,
Suka dressing sendat-sendat,
Aku suka berleggings bila keluar,
Aku no hal dedah cleavage,
Pakai mini skirt aku ok,
Pakai T-shirt lengan pendek favourite aku,

Pastinya takkan aku nak pilih..
Bakal suami yang akan menghalang kebebasan aku berfesyen ?
Aku tak mahu suami yang mengongkong aku !

Masa meniti masa..
Hari meniti hari..
Akhirnya aku temui lelaki idaman aku,
Yang bakal kujadikan dia suami,
Pilihan aku sendiri sudah pastinya..
Menepati taste aku,

1 tahun sudah..
Aku bergelar isteri..
Aku masih bebas berpakaian seperti masa bercinta dahulu,
Tanpa sekatan dan kongkongan dari suami tersayang..
Dia memang understanding..

Masa meniti masa..
Hari meniti hari..
Kini aku sudah tua ganyutttttt...
Aku masih tidak menutup aurat dengan sempurna !
Padan muka aku !

Lelaki Hensem Banyak, Tapi Dayus Daa...




Hensem memang la hensem..
Wajah matang tidak dinafikan..
Namun awal-awal lagi sudah teserlah kedayusannya..
Aku tak pakai tudung....dia relax,
Aku pakai T-shirt sendat...dia tak bising,
Aku pakai jeans sendat....dia tak tegur pun,
Aku seksi....dia suka,
Lelaki luar menjeling aku....dia sporting je,
Pakweku memang D.A.Y.U.S...

Tidak Mahu Dirogol, Tetapi Berpakaian Seperti Sengaja Mahu Dirogol ?


(gambar hiasan)

........................................................................
Firman Allah dalam Surah Al-Ahzab: Ayat 59

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) Allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani. "

Amat jelas sekali, Islam menjaga maruah wanita-wanita Islam supaya tidak mudah dijadikan objek pemuas nafsu dan sasaran pandangan jahat lelaki di dunia, dengan cara Islam menetapkan adab berpakaian memelihara Aurat bagi mereka.

Namun, ramai wanita yang tidak ikut.

Maka, rosaklah wanita yang memilih keseksian berbanding kesopanan. Rugilah wanita yang berlumba bercantik-cantikan berbanding memilih untuk kesederhanaan.

Apabila wanita-wanita Islam berpakaian memelihara Aurat dengan kesungguhan serta disusuli dengan sifat malu dan beradab, maka dengan izin Allah akan tertunduklah mata-mata lelaki yang cuba memandang, akan terhalanglah nafsu serakah lelaki yang cuba menggoda dan lantaran itu akan terhindarlah diri mereka dari gangguan-gangguan yang cuba merosakkan kehormatan mereka. Insyaallah.

Namun, melihat senario trend berpakaian wanita Melayu Islam pada zaman kini, terasa susah untuk berasa kasihan pada mereka. Baju dan seluar sendat mempamerkan bentuk badan, fabrik jarang hingga boleh menampakkan anak baju, berseluar londeh menampakkan seluar dalam, bertudung tetapi sendat sana sini dan sebagainya. Sampai terfikir di kepala bahawa andai jika wanita sebegini diganggu seksual, dicabul atau dirogol, kita susah hendak berasa kasihan terhadap mereka. Mereka sendiri yang memilih untuk berpakaian yang bermasud "minta dicabul", dalam erti kata lain berpakaian yang sengaja menarik perhatian lelaki serta memanaskan nafsu mereka.

Bagaimana lagi mahu menyedarkan mereka semua ?

Bisnes Jual Tudung Tapi Taukeh Free Hair ?



Boikot ! Boikot !

Menyampah rasa bila melihat peniaga wanita Melayu Islam yang hanya tahu mengejar untung di atas kehangatan fenomena fesyen tudung, tetapi pada masa yang sama tidak mempedulikan seruan agama tersebut. Sedangkan dirinya lah yang paling hampir dengan seruan menutup aurat itu. Dia menjual tudung dalam erti kata menggalakkan wanita lain agar bertudung, tetapi dirinya sendiri main-main di dalam bab bertudung, sekejap pakai sekejap buka tudung.

Pereka fesyen Muslimah dan pengusaha butik Muslimah seharusnya bersikap selari dan sepadan dengan falsafah di sebalik produk yang dijual oleh mereka. Maksudnya, mereka sendiri perlu mengamalkan sepenuhnya pakaian memelihara aurat sebelum bertindak menjual kepada wanita-wanita lain.

Pereka dan pengusaha butik Muslimah ibarat guru. Mereka bukan sekadar menjual tudung atau jubah untuk mendapat untung tetapi juga untuk mendidik dan mendakwah melalui produk. Bagaimana untuk mendakwah orang sekiranya mereka sendiri tidak mengamalkan dan menghayati seruan memelihara aurat.

Mereka wajar diboikot !

Kempen: DELETE Gambar Dedah Aurat Anda Dari Facebook

  • Kempen: DELETE Gambar Dedah Aurat Anda Dari Facebook
  • Penganjur: http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/
  • Sasaran: Wanita-Wanita Islam Khususnya Melayu Yang Lalai Mendedah Aurat Di Facebook
  • Tempoh Kempen: Selagi Facebook Wujud
  • Objektif: Menyedarkan Mereka Bahawa Lagi Lama Membiarkan Gambar Tidak Menutup Aurat Mereka Tersiar Di Facebook, Dosa Akan Bertambah Dalam Buku Amalan.
  • Penyertaan: Bloggers, Pemilik Laman Web
  • Ganjaran: Pahala Dari Allah Kerana Usaha Menyebar Kesedaran
Cara Berkempen:
  1. Letakkan Banner Kempen di bawah di dalam blog atau laman web anda.


"MARI BERDAKWAH"

Check Suami Anda DAYUS Atau Tidak !



DAYUS menurut seorang Ustaz, dipetik dari sebuah kuliah agamanya dari Youtube (video link).

" Tidak akan masuk syurga lelaki yang Dayus....Apa yang dikatakan Dayus ialah seorang lelaki yang membiarkan (kecantikan) tubuh badan anak isterinya dinikmati oleh lelaki-lelaki bukan muhrim. Bahawasanya, 'dinikmati' itu ada 2 iaitu pertama dinikmati menerusi farajnya dan yang kedua dinikmati menerusi mata (lelaki-lelaki itu)...apabila lelaki-lelaki bukan muhrim itu berasa seronok (seksual) melihat kecantikan tubuhnya, maka si isteri telah jatuh berdosa kerana sengaja berpakaian sedemikian dan si suaminya telah menjadi seorang yang Dayus kerana membiarkan.."

Ramai wanita di Malaysia bangga memiliki suami yang berwajah tampan dan bergaya segak. Ramai wanita juga bangga suami mereka kononnya macho, berbadan tegap dan gagah perkasa. Namun, walau segagah mana pun suami mereka itu, sedangkan si isteri di bawah jagaannya ke hulu ke hilir tidak bertudung malah berpakaian sendat dan ketat atas dan bawah. Dari sudut Islam suami sebegitu adalah LEMBIK dan TIDAK BERCIRI KHALIFAH kerana tidak mampu untuk bertegas menegur isterinya supaya menutup aurat mengikut syariat Islam...

Di sana sini, amalan Free hair (tidak bertudung) apabila keluar rumah dan ke tempat awam seringkali dipandang kecil dan remeh oleh ramai wanita Melayu yang bergelar isteri hari ini. Ingatlah bahawa dosa tidak bertudung (tidak menutup aurat) itu akan terus-menerus ditanggung oleh si suami selagi mana si suami tidak bertegas dengan isterinya.

Ada wanita di Malaysia beranggapan suaminya relax sahaja bila isterinya keluar tidak bertudung atau bertudung tetapi berpakaian sendat adalah seorang suami yang sangat understanding dan sporting. Baginya, itu adalah tanda si suami sangat 'sayang' pada dirinya. Sebenarnya, itu bukannya tanda sayang. Jika suami benar sayang, dia akan memarahi isterinya bila isterinya degil tidak mahu memelihara aurat.

Pakai Leggings Ketat Di Shopping Complex, Nak Goda Siapa ?



Suatu hari seorang wanita datang kepada seorang ustazah membawa kemusykilan. Dia ingin bertanyakan berkenaan hukum berpakaian tidak memelihara aurat dengan sempurna.
Setibanya dia di hadapan ustazah tersebut dia mengajukan soalan.

Wanita: Assakamualaikum, ustazah. Saya ingin bertanya sesuatu boleh ya ustazah ?

Ustazah: Ingin bertanya ? Ya, silakan.

Wanita: Begini permasalahannya, saya wanita yang suka berfesyen. Saya suka memakai pakaian yang sendat-sendat setiap kali keluar rumah. Saya ada banyak koleksi T-shirt yang sendat-sendat, seluar jeans sendat dan leggings ketat yang saya gemar pakai bila ingin keluar membeli belah. Bagi saya, fesyen sendat ni memang nampak bergaya dan cantik dipakai.

Ustazah: (Hmm..)

Wanita: Tetapi ustazah...seminggu lepas saya terdengar satu tazkirah agama di Youtube, mengatakan bahawa HARAM hukumnya seorang wanita Islam sengaja memakai pakaian sendat yang boleh menampakkan susuk tubuh badannya, dan jatuh berdosa besar...betul ke ustazah ?

Ustazah: Ya, itu betul. Memelihara aurat adalah wajib bagi setiap wanita Islam. Aurat wanita bukan sahaja kulit yang nyata, tetapi kita juga wajib menutupi bentuk susuk tubuh kita terutama sekali di bahagian boleh mendatangkan nafsu kepada kaum lelaki. Sebab itu Islam mensyariatkan Muslimah supaya memelihara aurat secara sempurna dengan memakai pakaian yang lapang dan labuh. Fesyen yang sendat dan ketat mengikut bentuk tubuh adalah ditegah oleh Islam. HARAM dan berdosa hukumya jika kita dalam keadaan berpakaian sendat dilihat oleh lelaki-lelaki bukan muhrim.

Wanita: Takutlah saya ustazah, berdosa besar. Nanti, kenalah saya buang semua koleksi pakaian sendat saya di rumah tu.

Ustazah: Sabar. Tak perlu dibuang semua pakaian yang kamu ada tu. Segala apa yang kamu cakapkan tadi, T-shirt sendat, jeans sendat, leggings ketat tu kamu pakailah untuk tatapan suami kamu di rumah. Tidak menjadi masalah jika ingin bergaya dan berpakaian SEKSI khusus untuk menarik minat suami kita, hukumnya HARUS. Hukumya jadi HARAM jika ia dipakai dan dibiar dilihat dan dinikmati oleh lelaki-lelaki selain suami kita.

Wanita: Hehe..bakal suami saya pasti suka.

Awek Terjojol Pilihan Tidak Bijak !



DIALOG  #1

Wanita Chubby:
"Perempuan kalau pakai macam mana sekalipun mesti akan nampak bentuk punya ! Contohnya, orang macam saya ni, badan chubby (berisi), pakai baju labuh pun masih nampak bentuk punggung. Habis tu...?"

Penulis:
"Kalau anda sudah tahu punggung anda sangat besar bentuknya, jangan pula mengada-ngada sengaja pakai baju yang singkat pendek dan seluar yang sendat. Usahalah..cari baju yang cukup lapang dan cukup  labuhnya menutup ke bawah paras punggung anda. Setelah itu, jika masih ada kelihatan sedikit bentuk punggung anda, kira dimaafkan, sebab memang sudah begitu rupa kejadian anda. Yang penting, mula-mula anda mesti ada niat dan usaha memilih pakaian yang sesuai demi menjaga maruah diri anda."

Bahaya: Ramai Awek Melayu Tudung Telah Jadi FLASHER !




Dengan sekali klik di butang carian imej google melalui gabungan kata carian "awek + melayu + ( dot..dot..dot..), dengan mudahnya gambar-gambar gadis Melayu separuh lucah dan sepenuh lucah terpampang di hadapan skrin komputer anda. Muka Melayu amat mudah dikenali, apatah lagi jika bertudung. Trend merakam aksi lucah sendiri di hadapan camera di kalangan gadis dan wanita Melayu Islam di Malaysia semakin kronik.

Tiada alat berteknologi canggih diperlukan untuk mereka melakukan perbuatan memalukan ini, cukup dengan sebuah telefon bimbit berkamera 2.0 megapixel di tangan sendiri atau di tangan si photographer. Ya, kadangkala ada pihak kedua yang bersubahat mengambil mengambil foto lucah itu, mungkin sahabat atau teman lelaki. Apabila kamera sudah sedia, posisi-posisi menggoda dilakonkan dan pakaian mula ditanggalkan.

Ini bukannya tentang orang India, orang Cina atau orang puteh, ini semua cerita benar tentang gadis dan wanita Melayu kita. Ada yang berposing di hadapan kamera bertudung sambil menayang coli, bertudung sambil meramas buah dada. Ada yang mengambil gambar sendiri ketika memakai coli dan seluar dalam di dalam bilik tidur dan ada juga yang berani menunjukkan vagina mereka sendiri di hadapan kamera. Ini bukan lagi fantasi, inilah pornografi Melayu kita.

Timbul persoalan di dalam kepala kita yang waras ini - Mengapa mereka sanggup melakukan semua aksi ini ?". Kata orang tua-tua, gadis-gadis Melayu itu terkenal dengan sifat pemalu dan sopan santun.


Ada beberapa sebab gadis dan wanita Melayu sanggup beraksi lucah dan bogel di hadapan kamera.

  1. Sebagai hadiah tanda sayang kepada teman lelakinya. 
  2. Sebagai bukti bahawa dia percaya kepada teman lelakinya yang suatu hari pasti akan setia dan  menikahinya setelah melihat gambar-gambar bogelnya.
  3. Mendapatkan kepuasan seksual secara visual dengan melihat diri masing-masing berkeadaan bogel keranan tidak dapat bersetubuh secara realiti.
  4. Tidak mempunyai teman lelaki, lalu mencuba amalan FLASHER iaitu mendapat suatu keseronokan seksual jika ada lelaki-lelaki di luar dapat menonton gambar bogelnya.
Tidak kira mana-mana pun antara 4 sebab di atas, semuanya adalah sebab-sebab yang keji serta tidak bermaruah dan sangat memalukan bangsa Melayu dan agama Islam.

Satu kesilapan besar yang dilakukan oleh gadis dan wanita ini ialah mereka menganggap harga pasaran diri mereka akan semakin mahal setelah berseksi-seksi dan berbogel di hadapan kamera. Sebenarnya, mereka telah menjatuhkan nilai harga diri mereka sebagai wanita  ke tahap PELACUR dan WANITA MURAHAN.

Jangan tiru perbuatan ini !



Baguskah Bila Tudung Semakin Pelik ?

some_text

Adakah anda perasan bahawa fesyen tudung Muslimah kini semakin complex rekaannya. Namun, apakah tujuan sebenar inovasi fesyen tudung sebegini ? Anda harus berbalik kepada mengapa Allah mensyariatkan Muslimah agar menutup aurat rambut mereka. Adakah Allah menyuruh mereka berTabarruj ?

Hikmah tersirat disebalik arahan bertudung ke atas para Muslimah adalah agar setiap Muslimah mengamalkan sifat kewanitaan Islamiah yang berpaksikan kesederhanaan personaliti. Islam berkehendakkan umatnya agar bersifat sederhana dan tidak melampau di dalam semua urusan hidup termasuklah dalam cara berfesyen.

Sederhana di dalam amalan bertudung merangkumi aspek rekaan tudung yang dipakai dan cara memakai tudung tersebut. Dahulu, wujud rekaan tudung yang dinamakan tudung bawal atau tudung biasa di Malaysia. Ramai Muslimah Malaysia dilihat memakai tudung sedemikian ke sana ke mari. Ia nampak biasa dan rekaannya sangat mudah, namun, wanita yang memakainya masih nampak feminin serta manis walaupun di dalam kesederhanaan.

Pada masa kini, wujud pelbagai jenis fesyen tudung terkini dengan rekaan yang semakin pelik dan rumit. Ada yang berlilit-lilit, berselendang, ber-awning, berpintu gerbang, bersanggul-sanggul dan diletakkan bermacam aksessori. Tudung pelbagai fesyen sebegini mudah dibeli di merata tempat. Namun, adakah  trend ini telah membuatkan kaum Muslimah di Malaysia benar-benar menghayati hikmah amalan bertudung itu ?

Obsesi terhadap fesyen tudung dan kemudian diikuti dengan amalan memperagakan fesyen tudung tersebut boleh menyesatkan kaum Muslimah Malaysia dari niat dan tujuan asal memakai tudung. Perlu diingatkan, bahawa tujuan utama bertudung adalah untuk melindungi aurat dan mendapatkan pahala serta redha Allah, tetapi sebaliknya kini ramai Muslimah telah terdorong untuk bersikap menunjuk-nunjuk aset kecantikan mereka melalui amalan bertudung. Pakar-pakar fesyen semasa pula telah meyakinkan mereka bahawa walau bertudung Muslimah masih boleh nampak funky, stylish, retro, cute dan juga seksi. Untuk tatapan siapakah penampilan ini semua ?

Betulkah kata orang bahawa segala keindahan hasil daripada inovasi fesyen ini sekadar untuk kepuasan diri pemakai sahaja ? Itu adalah mustahil. Sudah pasti, di dalam diri mereka lambat-laun akan timbul niat dan usaha mahu menunjuk-nunjuk kecantikan itu kepada orang luar yang akhirnya akan membawa mereka kepada Tabarruj.

Bila sudah Tabarruj, maka tiada lagi hikmah asal bertudung.

Muslimah yang benar-benar ikhlas dan fokus untuk menutup aurat kerana syariat Islam lazimnya akan memilih serta memakai pakaian dan tudung yang nampak SEDERHANA yang tidak melampau-lampau rekaan dan gayanya.

##SEBARKAN##

Tudung Style UNTA !



Soalan:
Betul ke lawa pakai tudung style UNTA ni.....?
Lawa ke......gedik..??
Tudung biasa yang old-skool lagi lawa dan sopan !
Betul tak ?